Undilah
Perbelanjaan anda untuk elektrik adalah lebih besar daripada perbelanjaan untuk mendapatkan bekalan air. Jadi, anda setuju jika dikatakan elektrik lebih penting daripada air dalam kehidupan manusia.
 
UPSR 2012

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Lagu SKBM

mp3 flash player by undesign website design.

Anda Pelawat Ke
Laman Web ini
Home
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SKBM
Majlis Jamuan Perpisahan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SK Bandar Mas   
Rabu, 18 April 2012 12:14

SK Bandar Mas, 18 April - Majlis Jamuan Perpisahan khas untuk 3 orang guru yang bertukar ke sekolah lain telah diadakan pada hari ini di kantin sekolah bermula jam 12.45 tengah hari.  Guru-guru yang diraikan ialah Tuan Haji Kadimin Bin Sugimin, Cik Farhana Bt. Al Jabrib dan Puan Siti Hajar Bt. Yaacob. Pada majlis tersebut, Guru Besar, Tuan Haji Ali Bin Md Sani telah memberi ucapan manakala Tuan Haji Kadimin selaku wakil yang diraikan juga telah menyampaikan ucapan.

 

Sebelum jamuan makan tengah hari, majlis penyampaian cenderamata kepada guru yang bertukar telah diadakan. Pelbagai jenis cenderamata yang disumbangkan oleh pihak SK Bandar Mas dan juga beberapa bahagian pengurusan SKBM.

Majlis bersurai kira-kira jam 1.45 petang.

- PEMBERITA.

 
Latihan Kecemasan Kebakaran PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SK Bandar Mas   
Selasa, 17 April 2012 03:13

Selasa, 17 April 2012 - Sepasukan ahli dari Balai Bomba & Penyelamat Bandar Penawar telah datang ke SKBM untuk mengadakan penerangan dan demonstrasi tentang latihan kecemasan kebakaran.

Program berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 11.45 pagi.

 

Pemberita - SKBM

 

 
Pelancaran PROGRAM BENCI ZINA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SK Bandar Mas   
Jumaat, 30 Mac 2012 00:50

SK BANDAR MAS, 30 Mac - Program Benci Zina dan Kempen Budi Bahasa peringkat sekolah telah dilancarkan pada pagi ini. Majlis perlancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ali Bin Md Sani, Guru Besar SK Bandar Mas dan telah diadakan di Dataran Mas, tempat perhimpunan rasmi.

 
BICARA AKADEMIK 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SK Bandar Mas   
Jumaat, 30 Mac 2012 00:43

SK BANDAR MAS, 29 Mac - Program Bicara Akademik yang menggambungkan perkongsian idea guru Tahun 6 dengan ibu bapa murid calon UPSR tahun ini telah diadakan di Makmal Komputer di sini hari ini. Program yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu 6 Arif sesi 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 6 Bestari sesi 10.30 pagi - 12.30 tengah hari itu dikelolakan oleh Tuan Guru besar sendiri, Tuan Haji Ali Bin Md Sani.

* Punca gambar daripada telefon bimbit 1.5 MPx.

- Pemberita.

 

 
Mesyuarat Agung PIBG Ke-32 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SK Bandar Mas   
Sabtu, 24 Mac 2012 12:17

SK Bandar Mas, 23 Mac - PIBG SK Bandar Mas telah mengadakan mesyuarat agungnya yang ke-32 di sini padi hari ini.  Majlis perasmian mesyuarat telah dimulakan jam 3.30 petang. Ia telah disempurnakan oleh YB Hamimah Bt. Mansor, ADUN Penawar.

Dalam majlis perasmian itu diadakan juga penyampaian hadiah dan cenderamata kepada murid cemerlang UPSR 2011. Selain ucapan oleh YDP PIBG, Ustaz Musa dan ucapan Tuan Guru Besar SKBM, Haji Ali bin Md Sani, majlis diserikan juga dengan persembahan  murid.

Mesyuarat Agung PIBG Ke-32 dimulakan sebaik sahaja YB Hamimah bertolak pulang kira-kira jam 5.00 petang. Mesyuarat kali itu mengekalkan AJK sesi 2011/2012 untuk sesi 2012/2013. Semasa jamuan di kantin, cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Haji MR Razaham telah diadakan.

- PEMBERITA  SKBM.

 

 

 
PERHATIAN

PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH KT

akan diadakan pada hari Khamis, 19 April 2012 di SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi,




Pusat Sumber Sekolah

Perpustakaan SKBM telah mula membuka pinjaman buku kepada murid Tahun 1. Walau bagaimanapun, ia hanya diberikan kepada murid yang telah lancar membaca. Pinjaman buku dibuka kepada Tahun 1 sepenuhnya, bermula pada bulan Jun nanti.




Gotong-Royong Sekolah

akan diadakan pada hari Sabtu, 21 April 2012. Murid dan guru akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut Rumah Sukan. Selepas gotong-royong, jam 11.00 pagi akan diadakan pula pertandingan mewarna.





Powered by Kubik-Rubik.de